Isnin, 14 Mac 2016

AIR UNTUK MANUSIA, AIR OLEH MANUSIA

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. 
      Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Klang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa pentingnya air di dalam keidupan kita. Krisis air ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentiingan air.
     Akrabnya manusia dan segala makhluk yang bernyawa di alam ini dengan air telah diterangkan oleh Allah dallam Al-Quran : 
"Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup,         maka mengapakah mereka juga tiada beriman"
  Surah Al Anbia'  : 30
Dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan, perkilangan dan industri-industri lain.
Dari pelbagai sumber air yang ada di muka bumi, air sungai dan laut dapat menjadi penyumbang rezeki dan makanan laut yang banyak. Di empangan-empangan air, air juga terus dipelihara dari segi kebersihan, kesihatan dn keselamatannya untuk dapat digunakan.Sebagai air bersih yang terjamin, air digunakan dalam pelbagai cara seperti sebagai pencuci dan membersihkan produk-produk dan hasil-hasil perindustrian dan perusahaan.

Air dan Manusia

Air juga merupakan bahan mentah yang penting dakam kebanyakan bidang industri dan perusahaan.Contohnya seperti dalam industri pemakanan dan industri pembangunan. Pengeksploitasian air sebagai sumber semula jadi yang mudah didapati ternyata boleh mendatangkan peluang kepada negara dalam bidang ekonomi dan pembangunan. Pembinaan empangan-empangan juga membolehkan air digunakan untuk menjana kuasa elektrik. 
Jika ditinjau dari segi sejarah, air telah lama digunakan untuk pembangunan.Ini terbukti dengan wujudnya tamadun-tamadun silam di sekitar sungai yang menjadikan tanah tersebut subur dan dibangunkan.Sebagai contoh, tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, tamadun China purba di Sungai Kuning dan tidak kurang juga penempatan awal di Tanah Melayu adalah di tepi sungai dan persisiran pantai.
Oleh kerana air merupakan ssumber semula jadi yang amat penting, adalah wajar bagi kita untuk menjaga dan mengelakkan sumber-sumber air daripada tercemar oleh sisa-sisa pembangunan, sedangkan air itu sendiri yang telah banyak membantu dalam pembangunan negara.Sambutan Hari Air Sedunia pada 22 Mac yang disambut setiap tahun bermula pada tahun 1993, telah menampakkan keprihatinan warga global dalam sama-sama menangani dan memata-matai penggunaan dan penjagaan sumber air. Adalah diharapkan agar usaha ini akan berterusan sehingga masa-masa akan datang. Jimatkan penggunaan air kerana air  tidak ternilai harganya dan merupakan sebahagian daripada nyawa kita. Allah juga telah mengingatkan kita supaya jangan berlebih-lebihan atau membazir dalam menjalankan apa-apa aktiviti, sebagaimana firman Allah :
"...dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
Surah Al An'am : 141